Selamat Datang ke Alam Maya Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) ABIM. Islam sebagai unsur utama dalam perkhidmatan pendidikan yang kami tawarkan akan melahirkan generasi yang diharap-harapkan oleh negara dan dunia. Harapan kami, semoga kita dapat berinteraksi dengan lebih intim di dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan pra-sekolah yang kami tawarkan di dalam komuniti. Ini kerana pembinaan personaliti yang cemerlang memerlukan sokongan dan dokongan semua pihak. Apatah lagi cabaran persekitaran yang semakin mencabar. Marilah kita sama-sama berdoa agar agar melalui pendidikan pra-sekolah ini dapat menjayakan agenda khayra ummah. |